Khamis, 6 Januari 2011

PENGENALAN


Akhir akhir ini terdapat terlalu ramai orang yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan usus. Umpamanya masalah sembelit, buasir, gastrik, angin, radang usus dan lain-lain lagi.

Zaman sekarang ramai diantara kita yang mengalami pelbagai jenis penyakit. Ini adalah kerana kita kurang mengambil berat soal pemakanan terutama makanan yang berminyak, berkarbohidrat dan berkolestrol tinggi. Makanan yang mengandungi unsur ini bukan sahaja akan meningkatkan kadar kolestrol, lemak, karbohidrat dan protien dalam darah malah ianya juga menyebabkan pembentukan selaput lemak di dinding usus. Selaput minyak dan lemak ini, selain menjadi penghalang kepada penyerapan zat dan khasiat ubat masuk kedalam sistem darah, ianya juga akan menyebabkan pergerakan usus menjadi lemah dan meningkatkan penyerapan lemak masuk ke dalam darah.

Begitu juga najis dan lemak yang terkumpul didalam usus besar, jika dibiarkan (tidak dibuang) dari masa ke semasa, ianya akan terkumpul lalu menjadi longgokan bahan yang bertoksid dan bergas. Sekiranya bahan toksid ini menyerap masuk ke dalam sistem darah, ianya akan menyebabkan darah menjadi kotor, pekat dan tercemar. Sekiranya ini terjadi ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit, hati yang tidak berfungsi dengan elok (liver malfunction), buasir, barah usus, tekanan darah tinggi, lemah jantung, uric asid, radang sendi, sakit kepala dan sebagainya. Selagi kita dapat mengelak dan mengawal usus daripada pembentukan toksik ini, selagi itulah kita akan sihat.

HAW-Fi adalah makanan kesihatan yang dapat membantu bagi mencuci lalu membersihkan sistem usus daripada kesan yang tersebut diatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam